Friday 10 July 2020

IKAN MASIN GELAMA

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Sesejak menyusu ni lapar je. balik kerja mesti nak makan nasi. Lauk telur pun jadilah. Sebelum ni okay lagi balik kerja boleh rehat2 dan ambil makanan simple je. 

Kengkorang kalau nak cepat masak apa je?  Telur? ikan bilis? sambal2? Kisahnya malam semalam lapa dan terbayang ikan gelama masin... haaaa... ape lagi balik mcm biasa sampai rumah letak beg, simpan susu, cabut tudung, sengseng lengan baju then start battle. Tengok je ikan masin tu dah ngences korang.... ape lagi kita bersihkan siap2 lepas tu masa mengoreng ikan dalam api yang kecil, kita ambil la bawang besar 3labu (ha? banyak kan... memang kami sekeluarga suka makan bawang...kalau masak sardin xnampk ikan nampak bawang. dulu bapak mentua x makan sangat bawang...tpi dah terkesan dengan kebiasaan aku dan suami maka dia pun join sekali) cili padi segengam. 2 barang ni ku hiris sedang... siap je ikan masin goreng pulak bawang n cili padi tadi, goreng bia ada hangit2 sikit... sikit tu maksudnya memg sikit... jgn bagi rentung lak... dah masak letakkan balik ikan masin dan kacau rata.. mula2 nak masak ikan masin je kan tapi lepas tu bertambah telur dadar, sambal belacan malas dengan pak choy celur. Mesti ada nak tau ape tu sambal belacan malas. Sebenarnya malas tu adalah tumbuk tak hancur. Sama je mcm sambal biasa tapi bila makan bertekstur la, sebab malas nak tumbuk. Sambal belacan ni sedapnya kalau ditumbuk. baru umpss... klau blender ni kadang kurang. sebabkan suami tak makan ikan kita gorengkan telur dadar. Telur dadar simple ilham dari cerita korea. hahahahaha... part ni selalu cakap kat husb harini kita makan telur dadar korea. nak tau kenapa korea? sebab nye telur tu bubuh daun bawang. serius rasa lagi sedap. aku tak letak lain. letak daun bawang dan garam sebagai perasa.

tadaaaa.... pak choy tak sempat snap. meh kita kongsikan cara-cara nak buat. Cara masak masing-masing kan tak sama.


TELUR DADAR

  • 3 POKOK DAUN BAWANG
  • 4 BIJI TELUR 
CARA-CARA
  • POTONG DAUN BAWANG DIPOTONG 
  • TELUR DIPUKUL RATA
  • SECUBIT GARAM.
PANASKAN MINYAK SECUKUPNYA. MASUKKAN DAUN BAWANG DAN TUMIS SEHINGGA SEDIKIT LAYU. MASUKKAN TELUR YANG DIPUKUL DAN DIPERASAKAN. BALIK-BALIKKAN DAN SIAP!


IKAN GELAMA MASIN

  • IKAN MASIN GELAMA (ikan lain pun boleh guna)
  • 3-4 BIJI BWANG BESAR (dihiris kasar)
  • SEGENGAM CILI PADI (dihiris halus)
PANASKAN MINYAK SECUKUPNYA, GORENG IKAN DENGAN API YANG SEDERHANA, APABILA IKAN SUDAH MASAK, MASUKKAN BAWANG DAN CILI PADI DAH GORENGKAN SEHINGGA LAYU DAN AGAK KEPERANGAN. MASUKKAN IKAN YANG TELAH SIAP DAN GAUL RATA. ANGKAT DAN HIDANGKAN.


SAMBAL BELACAN MALAS

  • CILI BESAR MERAH 3 BIJI
  • SEGENGAM CILI PADI KAMPUNG 
  • 2 INCI BELACAN YANG DIBAKAR
  • LIMAU NIPIS/ LEMON/ ASAM JAWA
  • GARAM DAN GULA
POTONG CILI BESAR SUPAYA MUDAH DI TUMBUK. (nurun potong sebiji cili dalam 5-6 bahagian) TUMBUK CILI PADI SEBELUM CILI BESAR. TUMBUK AGAK HALUS DAN MASUKKAN CILI BESAR, BELACAN, GULA DAN GARAM. (tips nak senang tumbuk, lenyekkan sambil tumbuk tu. tumbuk cili padi dulu sebab cili padi kurang berair. selepas lumat baru masukkan cili besar garam. Tumbuk dulu, lepas agak pecah baru letak belacan dan gula untuk elakkan air cili terpercik kesana kemari. gula jangan masukkan sekali dengan garam, sbb bila tumbuk tu gula tu menyumbang kepada air. so air yang teperciktu minima.) SEDIAKANPATI ASAM JAWA/ LIMAU NIPIS/ LEMON DAN CAMPURKAN KESEMUA BAHAN. SIAP. RASA DULU SEBELUM HIDANG. CUKUP GARAM CUKUP GULA. TIPS DARI NENEK KALAU PEDAS BUBUH ASAM DNN GARAM LEBIH SIKIT.



Okay boleh la try siapa nak try. nurun just share sebab lauk-lauk macam ni memeng pilihan hati. Kalau makan dengan nasi panas...umpppsss...